Rabu, Jun 11, 2008

KEMUSNAHAN TAMADUN TANPA PEGANGAN AGAMA



Sebahagian besar manusia terkeliru ketika menganggap bahawa agama hanyalah sekadar suatu amalan kebudayaan. Akan tetapi, selain daripada ritual Islam, agama ini juga meliputi segala asepk kehidupan dan menganugerahkan pegangan dan etika yang bercirikan ajaran Al-Qur'an. Seorang individu mukmin yang benar-benar ikhlas istiqamah terhadap agamanya pasti pasti akan berusaha mendapatkan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t. dengan hidup berpandukan nilai etika al-Qur'an yang baik sepanjang hidup. Dia tidak sekali-kali berpaling daripada amalan kebaikan, keikhlasan, kesederhanaan, berbuat baik dan saling sayang menyayangi. Ringkasnya, setiap nilai etik ayang mulia ini adalah faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat yang mempraktikkan nilai mulia al-Qur'an akan menikmati manfaat yang besar.

Sebagai contoh, sebuah keluarga yang hidup dengan berpandukan kemuliaan akhlak al-Qur'an tidak akan menghadapi masalah dan kegusaran seperti yang menimpa institusi kekeluargaan di dalam masyarakat jahiliyyah moden. Golongan remaja hari ini sering memberontak menentang ibu-bapa mereka, akibat gagal dalam membezakan yang baik dan buruk dan sering pula terlibat dalam tindakan agresif. Pada masa yang sama, masih terdapat segelintir ibu-bapa yang tidak merasa kepentingan mentarbiyah anak-anak tentang nilai baik dan buruk dan yang tidak memberi pendidikan yang sesuau sebagai suatu kepentingan yang utama. Bahkan ibu-bapa ini sendiri juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan oranglain. Apa yang sering terjadi ialah pertelingkahan dan dendam kesumat berbanding kasih sayang, hormat menghormati dan belas kasihan.

Tetapi di dalam rumah di mana setiap ahli keluarganya patuh dan tunduk kepada ajaran Qur'an, anak-anak akan mematuhi ibu-bapa mereka jauh sekali dari mengherdik kerana Allah melarang mereka daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap ibu-bapa. Surah al-Isra: 23

Mereka dididik sejak dari kecil untuk mengikuti fitrahnya, membezakan yang baik dan buruk dan menjauhi sebarang amalan keji. Ibu-bapa berusaha mendidik anak mereka selaras dengan perintah agama dengan menanamkan suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama dan negara. Ibu-bapa seumpama ini akan menjadi cotnoh ikutan bagi anak-anak mereka. Ringkasnya, akan tersemailah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan perpaduan di dalam kekeluargaan.

Keluarga adalah unit asas bagi sesebuah negara: ikatan kekeluargaan yang kukuh adalah berpotensi memperteguhkan negara. Sebaliknya, kekeluargaan dengan ikatan yang rapuh dan tandus daripada nilai spiritual, kasih sayang dan hormat menghormati serta kesetiaan adalah merupakan ancaman kepada kemakmuran negara. Khususnya di dalam negara-negara di mana golongan tertentu berusaha untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang menolak ajaran agama, akibatnya proses pemusnahan spiritual menjadi lebih pantas dan keruntuhan moral menjadi jelas di dalam seluruh strata masyarakat. Di dalam masyarakat seperti ini, pembinaan hubungan sosial adalah lebih cenderung berteraskan keuntungan material.

Apabila ukuran material menjadi kepentingan untuk suatu hubungan bahkan terhadap ahli keluarga terdekat untuk nilai keroahanian seperti kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan kesetiaan, maka kewujudan sebuah tamaduan yang teguh adalah amat mustahil. Ini adalah keana kemerosotan bukan sahaja melanda institusi kekeluargaan tetapi juga merebak ke seluruh pelusuk masyarakat. Di dalam sekolah dan di dalam hubungan persahabatan, perasaan seperti hasad dengki, penipuan dan fitnah akan mengggantikan nilai belas kasihan dan rasa hormat. Dalam dunia perniagaan juga, kita diperlihatkan dengan sejumlah personaliti yang melabur demi kepentingan individu. Amalan seperti mempertahankan hak orang lain, menegakkan keadilan atau menunjukkan rasa belas kasihan dan membantu golongan yang lemah amat jarang ditemui. Ringkasnya, hidup di dalam ketenangan dan keamanan menjadi mustahil bagi ahli masyarakat tersebut.

Ini adalah sebab mengapa tanggungjawab untuk menumpaskan agama yang batil dari sudut ideologi tergalas di bahu golongan yang beriman. Selain daripada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kebejatan hubungan sosial, kesan lain akibat daripada sistem kepercayaan ini di atas muka bumi juga semakin bertambah jelas. Setiap individu harus turut berusaha berjihad menentang sistem agama yang batil ini sekiranya merasa bertanggungjawab terhadap negara dan individu rakyatnya.